Pages

October 07, 2012

WORK.............ok, boring giler tajuk entry!

WORK atau dalam bhasa melayu nye KERJA
aku cuma nk bgtau kt sini, bile dh keje, aku takde mase nak updte blog
why? bcoz i am toooo obses wif my work
tiap hari rase tak sbr nk g keje
sronok sgt nak jumpa bos yg baek hati
gembira sgt nk talk n talk n talk dgn supplier

NO!! aku tipu tipu tipu dan tipu
bila kerja kat situ (saje xnak mention name compny),
i feel like...i feel like..
feel like this is not where i belong

agknye sbb first time keje kot
so still trkejut trkujat trperanjat dan ter ter yg lain lah

take care guys..pade yg sudi singgah blog yg kurg dijaga ni, thanks a lot!!
Assalamualaikum


August 06, 2012

Ayuh ramai-ramai rebut kupon dari McD!!

Assalamualaikum semua..

Pejam celik pejam celik, kita dah nak abes puasa dah. Kejap betul mase berlalu. Tapi korang perasan tak, bila tiba je bulan puasa, melimpah ruah  restoran2, hotel la, franchise la, kedai makan la, bazar la bagi offer makanan... Sebab dorang tau, time bulan puasa ni, nafsu makan tu membuak-buak. Pantang nampak makanan, semua nya nak dibeli. So kompeni-kompeni ni pun amik la kesempatan buat offer semua tu, this is what we called as Marketing Strategies. Ceh, mentang-mentang la dulu aku blajar Business Mrktg, poyo je ayat, haha

Tadi aku dapat mesej dari Hotlink, offer dari Mcdonald, beli 1 Chicken Foldover ala carte, dapat percuma 1 lagi Chicken Foldover. Sebenarnya sebelum puasa pun aku dah dapat mesej cenggini. Tapi bila time puasa ni, dapat offer camtu automatik mata macam blink-blink gitu. Adoiii, itu pun termasuk dlm godaan di bulan Ramadhan jugak sebenarnya, haha



Kalau korang nak, just print je kupon kat atas ni. Pastu pegi la McD. Agak-agak macam malu-malu kucing nak pegi kaunter McD tu untuk bagi kupon ni kan, korang lalu kat drive thru tu. Ketuk tingkap kat drive thru tu sambil bagi salam, insyaAllah akan dilayan dgn baik oleh pekerja McD tu, hahaha. 

July 16, 2012

when my ayah accident, where is my ibu??

Assalamualaikum...

Tengahari tadi, around 1.30 p.m, ayah aku accident. Bertembung motor dengan motor. Waktu tu, aku kat office, time rehat. Dapat sms dari adik, dlm sms tu mention "ayah accident, pengsan". Ya Allah, tangan yg pegang hndphone terus menggigil masa tu. Dalam otak ni jangan cakaplah, terus terbayang muka ayah, fikir keadaan ayah, teruk ke ayah, macam mana bole accident, kenapa ayah sampai pengsan.

Then, keep contact adik untuk tahu condition ayah. First, adik kata masa accident, ayah terus pengsan. Motor tak payah cerita la, memang dah hancur. Ada orang yg nmpak accident tu, terus bawa ayah ke klinik. Kenapa klinik? Sebab itu yg paling dekat, maklum la, duduk kampong. Bila kat klinik pulak, ayah dihantar by ambulance ke Hospital Kulai, which is the one and only hospital yg dekat dengan kawasan tempat aku tinggal.

Adik kata ayah buat check up, bagi ubat untuk luka-luka kat badan tu dengan x-ray untuk tau if ada internal injury. Dan sekarang, aku tengok keadaan ayah dengan mata kepala sendiri. Mata ni macam nampak the whole body ayah full of blood. Over pulak kan mata ni..bukan apa, terlampau risau sebenarnya. Hmm, tapi bila ayah tengah sakit macam ni, mana ibu?? 

Ibu ada...tengah bersihkan luka-luka ayah. Lepas tu, urutkan badan ayah. Lagi? Ibu suapkan nasi untuk ayah. Tu je ke? Ada lagi...dalam hati ibu, risau sangat tengok keadaan ayah. Tak henti-henti ibu berdoa supaya ayah cepat sembuh. Bila ayah buka mulut dan bersuara "aduh, bahu ni sakit". Cepat-cepat ibu urutkan. Bila ayah buka mulut dan bersuara lagi "rokok ayah mana?". Ibu pun gurau manja "Abang..katakan taknak!" (haha..takde la, ni aku tambah-tambah)

Alhamdulillah, bertuahnya my ayah cause have my ibu who always setia by his side. :)

July 15, 2012

Wahai pakcik..bersara lah

Assalamualaikum

Dah sekian lame rasanya tak menjengah dunia blog. Merdeka je dari kolej, terus mati tabiat giler blogging aku. Tapi ni kira mati hidup kembali la sebab hari ni aku bersemangat nak update blog usang yg sepi selama almost half year jugak tanpa apa-apa cerita.



Aku kerja kilang je. Sampai je kilang, nampak Bos Jepun, maka bermulalah kerja aku iaitu sebagai penggilap kasut. Kalau gilap kasut Bos Jepun ni, kena bagi kasut tu jadi kilat metalic, pastu tersengih la Bos Jepun sehingga menampakkan baris giginya yg aku sendiri tak pasti sama ada gosok atau tak. Harap korang tak percaya sebab ini cerita tipu je.

sumber gambar: abg google

Kat kilang tempat aku kerja tu, ade sorang pakcik driver lori yg selalu dtg untuk hntar barang. Pakcik tu dah tua sgt weh, bila nak angkut barang bawak turun dari lori, terketar-ketar badan dia. Aku panggil pakcik tu Apek sbb dia chinese. Satu hari aku datang kat dia and tanya :

Aku : Apek, nak tanye. Umur berapa?

Apek : (sambil keluarkan jari dia and tunjuk kat aku ). Umur saya sudah enam puluh tiga

Aku : Kenapa mau kerja lagi. Sudah tua maaa, bersara la..duduk rumah, jaga kesihatan. Tak elok buat kerja berat macam ni (caring tak ayat aku? haha)


Apek : Aiyaa amoi, mane bole itu macam. Sampai mati pun kerja mesti mau buat punya. Saya belajar tak tinggi, gaji tak besar. Kalau tak kerja, sapa mau bagi makan. Saya tak mo minta sedekah maa

Aku : (terdiam...mungkin kagum dgn kata-kata Apek tu. Tapi sebenarnya lebih tergamam melihat gigi palsu Apek tu yg bergoyang-goyang tiap kali die menuturkan kata-kata)


sumber gambar : abg google


Apek : Amoii..Amoiii..Oi, Amoi..kenapa diam

Aku : Eh, sori Apek. Otak saya tengah pikir banyak kerja belum buat (ayat cover..dia tak perasan agaknye punye la khusyuk aku tenung gigi dia)

Apek : Amoi, lu muda lagi, kerja rajin-rajin. Tak ade guna maa kalau otak pandai tapi malas buat kerja. Kalau rajin, lame-lame lu bole jadi pandai. Tuhan pun suka orang rajin, tak suka orang malas-malas punye. Tak guna hidup kalau jadi orang malas, tak pandai pun kena tau usaha punye.

Aku : (Terharu sekejap). Betul betul betul. Thank you apek.

Apek : Okey...

Aku : Err, Apek. Saya mau suggest u pakai POLIDENT la. Pakai untuk gigi palsu, confirm baik punyerrr! (ayat ni aku tak sempat nak cakap kat apek tu. Masa tu dia dah cau pulakkkk..hehehe)






**moral : selagi diberi peluang bernafas dalam dunia, kerja kan hari itu sebaik-baiknya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...