Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nak share sikit tentang hutang, boleh?
Baca situasi yg aku cuba gambarkan di bawah:
Superman: Assalamualaikum Batman, aku berniat nak beli topeng macam kau la
Batman: Eh, boleh je..aku memang tengah buat diskaun untuk sape-sape yg berminat beli topeng aku tu
Superman: Betul ke? Tapi aku tengah pokai sekarang, HUTANG BOLEH?
Batman: Ooo, boleh je..setakat dgn kau, aku tak kesah, tapi jangan lupa bayar pulak ye
Superman: Wah, terima kasih batman, kau la shbt aku dunia akhirat
Superman: Wah, terima kasih batman, kau la shbt aku dunia akhirat
(ok, aku sedar aku gagal bab-bab bagi contoh situasi ni)
Berdasarkan contoh situasi tersebut, kita dapat lihat kan lumrah manusia. Bila membeli secara berhutang, seronok je..tapi bila time nak membayar hutang, liat sungguh! liat macam daging masak kari yg aku makan tadi. Sehingga kan kadang-kadang Si peminjam hutang atau Si penjual barang secara berhutang tu pula yg terasa segan nak minta hutang...Patut ke begitu? Walhal yg logiknya beliau yg berhutang tu patut rasa malu sebab tak reti-reti nak bayar hutang..
Ok, kita pandang dari sudut yg positif. Mungkin yg berhutang betul-betul terlupa akan hutang mereka kan? Jadi sebaiknya kalau kita sedar bahawa kita seorang yg pelupa bila berhutang dgn seseorang, sediakan buku yg boleh list kan hutang-hutang kita tu. Aku pun cuba untuk mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya. Maklumlah, hutang bukan perkara yg boleh diambil remeh je.
Sekarang, bayangkan lah sekiranya ajal telah menjemput kita sebelum kita sempat membayar hutang..Mungkin kita selamat di dunia sebab boleh terlepas dari membayar hutang. Tapi ia pasti akan jadi malapetaka di akhirat sekiranya hutang tidak dilunaskan selama hayat kita di dunia ni. Tak takut ke? Aku ulang ye, MALAPETAKA di akhirat kepada si penghutang!
Betapa penting nya perkara hutang ni sehingga Nabi s.a.w sendiri pernah bersabda :
" Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Malah, Nabi s.a.w sendiri sering berdoa berkaitan dengan hutang iaitu :
Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Kerana itu lah jika berlaku kematian, sentiasa disebut seperti 'sekiranya Arwah sipolan sipolan ade berhutang apa-apa, boleh la berjumpa dgn waris nya atau mintak dihalalkan....' Jadi sebelum ajal menjemput kita yg entah bila saat, detik, hari dan waktunya, sentiasa la beringat mengenai hutang ni ye. Renung-renungkan lah..... :)
p/s: sebaiknya untuk bebas dari masalah hutang, elakkan dari BERHUTANG la..hehe